Anda di sini

101 peserta jayakan Larian Separuh Maraton Jemputan Limbang 2015

Advertisement
 Hujan tidak mematahkan semangat para peserta.

BERSEMANGAT: Hujan tidak mematahkan semangat para peserta.

SERAMAI 101 peserta membabitkan 71 lelaki dan 3 wanita dari Sarawak, Sabah, Brunei dan Semenajung Malaysia menyertai Program Larian Separuh Maraton Jemputan Limbang 2015 baru-baru ini.

Program anjuran Persatuan Olahraga Amatur Limbang dan Pejabat Residen Bahagian Limbang membabitkan larian sejauh 21 kilometer bermula dari Pos Imigresen Pandaruan menuju ke bandar Limbang.

Dayangku Siti Fatimah Az-Zahrah dari Brunei muncul johan bagi kategori wanita, naib johan dimenangi Malissa Wu (Brunei) dan ketiga Haslina dari Miri.

Bagi kategori lelaki, Ali Akhbar Gapor (Brunei) muncul juara, diikuti Mohd Badrul Salleh (Limbang) naib juara dan Othman Amit (Limbang) di tempat ketiga.

Turut memeriahkan program itu adalah peserta paling tua Wahab Matali dari Brunei berusia 76 tahun dan peserta termuda Ellen Wong Qian Yue, 9, dari Limbang.

Hadir sama ialah Timbalan Residen Pembangunan Selamat Jati Yanjah dan pelari Limbang Chua Eng Hin.

Beliau optimis program itu mampu menjadikan daerah ini sebagai pusat pelancongan sukan pada masa depan.

 Chua (kanan) menemani pelari paling tua Wahab Matali dari Brunei.

BERTENAGA: Chua (kanan) menemani pelari paling tua Wahab Matali dari Brunei.

Advertisement