Anda di sini

Kekal standard integriti

Advertisement

Khidmat awam jujur, telus dan bersih penting

Oleh Florence Nervyn //

SIBU: Perkhidmatan awam yang jujur, telus dan bersih adalah penting bagi mengekalkan sokongan dan kepercayaan masyarakat kepada kerajaan.

Residen Bahagian Sibu, Hii Chang Kee berkata perkara itu penting dan asas utama tadbir urus berkesan sektor awam.

“Kita mesti komited mengekalkan standard integriti tinggi dalam perkhidmatan awam.

“Idea-idea baharu dan penemuan adalah kunci meningkatkan perkhidmatan disediakan bagi memberi mutu perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya mewakili Menteri Kewangan Kedua, Dato Sri Wong Soon Koh merasmikan Hari Integriti dan Inovasi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) 2015 di Taman Tasik Permai di sini semalam.

Beliau berkata, MPS sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) merupakan barisan hadapan antara kerajaan dan rakyat perlu berada pada tahap integriti tertinggi untuk menjadi berkesan serta mendapat kepercayaan dan sokongan masyarakat.

“MPS bergerak luar fungsi teras menyediakan perkhidmatan perbandaran terbaik kepada masyarakat. Anda perlu melibatkan diri secara aktif dengan masyarakat setempat,” jelasnya.

Tambahnya, integriti dan inovasi menjadi pra syarat untuk melibatkan diri dengan berkesan.

Hadir sama Pengerusi MPS Datuk Tiong Thai King, Timbalan Pengerusi MPS Datuk Andrew Wong, Pemangku Setiausaha MPS Morshidi Fredrick serta kakitangan MPS dan masyarakat.

Advertisement