Anda di sini

Lumba-lumba mati tersadai di pantai Tanjung Batu, Bintulu

Advertisement

Kemaskini: Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan ikan terdampar mati di pantai Tanjung Batu, Bintulu pagi tadi merupakan spesies paus ‘Beaked’.

Ia pada mulanya dikatakan lumba-lumba kerana dua spesies itu seakan akan sama dan mengelirukan.

 Ikan lumba-lumba yang ditemui terdampar di Pantai Tanjung Batu, Bintulu.

TERSADAI: Ikan paus yang ditemui terdampar di Pantai Tanjung Batu, Bintulu.

OLEH AMBROSE  RIRANG

BINTULU: Penduduk di sini gempar melihat seekor ikan paus ‘Beaked’ sepanjang kira-kira 16 kaki terdampar di pantai Tanjung Batu sekitar jam 7 malam tadi.

Sejurus dimaklumkan, Jabatan Bomba  dan Penyelamat  Bintulu  dengan bantuan daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Bintulu telah bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamatkan ikan paus berkenaan yang masih hidup ketika itu.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam bagi mengeluarkan ikan paus berkenaan daripada tersadai di pantai sebelum melepaskannya semula ke laut.

Bagaimanapun katanya, nasib malang menimpa ikan paus berkenaan apabila didapati mati tersadai di lokasi tidak jauh daripadanya tersadai sekitar jam 7 pagi tadi.

Sarawak Forestry Corporation (SFC) sedang menyiasat dengan terperinci bagi mengetahui punca yang menyebabkan berlakunya insiden terbabit serta mengetahui berat ikan paus itu.

IMG-20151212-WA0002

IMG-20151212-WA0001

IMG-20151212-WA0003

AR 20151211214148 20151212 dolphin

AR 20151211214140 20151212 dolphin

Advertisement