Anda di sini

Minggu Fesyen Boulevard berlangsung hingga Ahad ini

Advertisement

KUCHING: Pusat Beli-Belah Boulevard Kuching akan menampilkan koleksi terkini dan bergaya dari outlet fesyen terpilih pada Minggu Fesyen Boulevard yang akan berlangsung hari ini hingga Ahad ini.

Orang ramai khasnya penggemar fesyen dialu-alukan untuk menyaksikan pertunjukan fesyen yang dibawakan oleh ‘Le Atelier’ yang merupakan rakan rasmi program tersebut.

Acara perasmian akan diadakan malam ini di pentas utama Boulevard dengan pelbagai siri pertunjukan fesyen yang dibawakan oleh Le Atelier dan pada Jumaat jam 7 petang, Studio 23 akan membuat persembahan tarian.

Manakala pada Sabtu, pertunjukan fesyen akan dibuat oleh In Trend pada jam 7 petang, diikuti Eighteen Plus (7.30 petang) dan Baby Jane (8 malam).

Pada Ahad, kumpulan wanita Korea ‘RED-L’ akan membuat promo jelajah jam 2 petang, yang kemudian diikuti pertunjukan fesyen oleh Dees (3.30 petang), Jefferson (4 petang), Body Glove (4.30 petang) sebelum pertunjukan mekap kreatif oleh Le Atelier (5 petang) dan pertandingan memperagakan fesyen oleh kanak-kanak (7 petang).

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan semalam, Bazar Fesyen akan turut diadakan bagi menampilkan fesyen terkini dari kaki hingga ke kepala.

Pelanggan yang berbelanja lebih RM50 berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM8,000 termasuk seunit telefon pintar Samsung Galaxy Note 5.

Hadiah lain ialah seperti dua unit jam jenama ALBA untuk lelaki dan wanita, beg tangan jenama Guy Laroche (tiga unit), hamper produk kecantikan The SAEM (lima unit) dan set hadiah barangan kemas (lima unit).

Kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 12 tahun berpeluang untuk menyertai Peraduan Memperagakan Pakaian yang bermula jam 7 petang pada 6 Disember.

Borang penyertaan boleh didapati dari kaunter maklumat Pusat Beli-Belah Boulevard Kuching (berhampiran KFC) atau boleh dimuat turun menerusi laman rasmi Facebook Boulevard Shopping Mall Kuching.

Skim penghakiman akan dibuat berdasarkan persembahan pakaian keseluruhan dan sesi pentas peragaan untuk menentukan pemenang yang akan membawa pulang RM200, manakala pemenang tempat kedua (RM150) dan tempat ketiga (RM100).

Advertisement