Anda di sini

Remaja disyaki curi motosikal ditahan

Advertisement

KUCHING: Seorang remaja yang disyaki mencuri motosikal ditahan sekitar jam 7 malam pada Ahad lepas.

Suspek yang berusia 19 tahun ditahan oleh dua anggota polis peronda di Everbright Estate, Jalan Batu Kawa setelah mendapatinya dalam keadaan mencurigakan.

Bagaimanapun ketika disoal siasat, suspek tiba-tiba melarikan diri namun dia tidak bernasib baik kerana terjatuh ke dalam longkang.

Suspek turut mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.

Selepas dirawat, dia kemudian dibawa ke Balai Polis Kota Sentosa untuk siasatan lanjut.

 

Advertisement