Anda di sini

Berganding bahu untuk pastikan kejayaan anak-anak

Advertisement

// Oleh Henrietta Liza //

C_PC0009787SEKOLAH Kebangsaan Rambungan telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Tahun 6 dan Anugerah Pelajar Cemerlang 2015 di Dewan Seri Melati sekolah tersebut, baru-baru ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Setiausaha Ketua Menteri Sarawak, Bujang Helmi Hazmi.

Majlis tersebut juga dihadiri oleh beberapa orang kenamaan, antaranya pemilik Syarikat Ramungan Chen Kueh Choi, wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Lundu Anuar Nibong dan ketua kaum dari kampung yang berdekatan.

Helmi dalam ucapannya mengingatkan ibu bapa agar sentiasa berganding bahu bersama dengan pihak sekolah agar dapat meningkatkan akademik anak-anak.

Tegasnya, akademik adalah elemen yang paling penting terutama pada alaf yang ke-21 ini.

“Tanpa ilmu yang sempurna anak-anak tidak mungkin berjaya.

“Pihak kerajaan telah berusaha untuk mengadakan pelbagai institusi agar anak-anak dapat meneruskan pelajaran supaya dapat membentuk masa depan yang lebih sempurna,” katanya.

Beliau turut menambah, tanpa pembangunan yang seimbang, tidak mungkin anak-anak akan berjaya.

Dalam usaha untuk mencapai negara maju, peranan masyarakat setempat sangat diperlukan.

Pihak kerajaan berharap agar masyarakat setempat terutamanya di kawasan Parlimen Tanjung Dato, bersama-sama berdiri teguh menyokong kerajaan bagi mencapai misi pembangunan negara.

Beliau percaya bahawa masyarakat di Tanjung Dato sangat beruntung berwakilkan seorang wakil rakyat yang sangat prihatin dengan penduduknya.

Dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi, maka pihak kerajaan akan terus membangunkan kawasan tersebut dengan menyediakan pelbagai bentuk pembangunan seperti pembinaan jalan raya, pembinaan jambatan, pusat pendidikan dan sebagainya.

Bujang turut meluluskan geran sebanyak RM3,000 untuk membantu PIBG melaksanakan pelbagai program bersama pihak sekolah pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, beliau juga telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 yang telah disumbangkan oleh Syarikat Ramungan.

Insentif berupa wang juga disampaikan kepada beberapa orang pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam UPSR 2015, iaitu Dayang Mas Areena Awang Bohari (5A), Natasya Alya Mohamad Hata  (4A, 1B), Armin Harfiq Naizatul Aseri (4A, 1B), Muhd Amirul Rafiq Malai (4A, 1B), Syamil Aiman Syah Sahlan (4A, 1C) dan Zulaika Julaihi (4A, 1C).C_PC0009786

Advertisement