Anda di sini

Komuniti ASEAN beri manfaat kepada semua pihak: Najib

Advertisement

 Najib berbincang sesuatu dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman (kanan) pada sesi pleno di Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 di Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama

LEBIH MAJU: Najib berbincang sesuatu dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman (kanan) pada sesi pleno di Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 di Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Penubuhan Komuniti ASEAN menjelang akhir tahun ini bukan sahaja memanfaatkan rakyatnya tetapi akan memacu rantau ini supaya menjadi blok yang lebih maju dan berintegrasi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagi merealisasikan wawasan itu, pelbagai rancangan telah dilaksanakan sepanjang tahun ini bagi memimpin rakyat ASEAN mendukung advokasi membentuk ASEAN yang berorientasikan rakyat.

“ASEAN akan menjadi wadah yang lebih kuat untuk merealisasikan aspirasi rakyat, tadbir urus baik, ketelusan, taraf kehidupan tinggi, pembangunan mampan,  pemperkasa golongan wanita dan menjana peluang yang lebih besar,” katanya dalam ucapan pembukaan pada sesi pleno di Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 di sini, semalam.

Perkumpulan ASEAN terdiri daripada Brunei, Kemboja, Laos, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand and Vietnam.

Sesi pleno itu dihadiri pemimpin ASEAN iaitu Perdana Menteri Singapura,  Lee Hsien Loong, Presiden Filipina, Benigno S Aquino III, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung dan Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong.

Hadir sama, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Presiden Indonesia, Joko Widodo, Presiden Myanmar, U Thein Sein adan Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah.

Najib berkata Malaysia telah menunaikan janjinya untuk membentuk Komuniti ASEAN dan Visi ASEAN 2020 yang telah digariskan ketika mengambil alih tampuk kepimpinan ASEAN dari Myanmar tahun lepas.

“Saya berpuas hati bahawa kami telah berjaya menyelesaikan tugas-tugas ini,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua negara anggota ASEAN yang memberi kerjasama erat sepanjang Malaysia menjadi pengerusi perkumpulan itu. — Bernama

Advertisement