Anda di sini

Naik taraf sistem perparitan, berhati-hati ketika memandu

Advertisement

Chan menunjukkan butir-butir projek menaik taraf sistem perparitan untuk Jalan Tun Jugah (RH Plaza) selepas mempengerusikan mesyuarat di ibu pejabat MBKS.

MAKLUMAT:Chan menunjukkan butir-butir projek menaik taraf sistem perparitan untuk Jalan Tun Jugah (RH Plaza) selepas mempengerusikan mesyuarat di ibu pejabat MBKS.

KUCHING: Pengguna jalan raya dinasihati berhati-hati ketika memandu melalui Jalan Tun Jugah ke BDC (di hadapan RH Plaza) kerana terdapat kerja menaik taraf sistem perparitan yang akan dilaksana sehingga akhir tahun ini.

Pengguna jalan raya telah diberitahu untuk menggunakan laluan alternatif kerana simpang ke Jalan Tun Jugah akan ditutup pada 16 November, dari jam 8 malam hingga tengah malam 18 November bagi memudahkan kerja pemasangan pembetung paip dan kerja-kerja di seberang jalan.

Pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan raya melalui Four Points by Sheraton Hotel untuk mengakses RH Plaza dari Bulatan Jalan Tun Jugah.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan mendedahkan semalam bahawa projek menaik taraf saliran itu melibatkan kos sebanyak RM1.4 juta bagi menangani masalah banjir di kawasan itu.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memaklumkan kepada Majlis bahawa kerja-kerja pembinaan telah bermula dan mesti siap pada akhir tahun ini,” katanya dalam pertemuan dengan pegawai-pegawai JPS, kontraktor dan pemimpin masyarakat di ibu pejabat MBKS di sini.

Sementara itu, JPS memberi jaminan bahawa langkah-langkah keselamatan termasuk lampu tanda bahaya, tanda-tanda amaran, papan tanda sementara dan benteng sedang diletakkan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya.

Skop kerja akan melibatkan pemasangan pembetung paip, pembinaan bah, meluaskan parit RC, pratuang sekatan jalan konkrit serta pengembalian semula dan kerja-kerja penurapan.

Satu lagi pembinaan utama paip melintas jalan utama (Jalan Stutong) dianggarkan selama seminggu telah dijadualkan pada 9 Disember yang mana separuh jalan akan ditutup bermula 8 pagi hingga 5 petang.

Untuk kemudahan pengguna jalan raya, JPS berkata kerja-kerja utama akan dijalankan dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam sahaja.

 

Advertisement