Anda di sini

India Sarawak sedikit tetapi banyak persatuan

Advertisement

Oleh Nick Fletcher//

 

 Orang ramai menikmati juadah yang dihidangkan di majlis rumah terbuka Nadison pada hari pertama Deepavali, semalam.

MESRA: Nadison (dua kanan) dan isteri, Gloria Layoh (tiga kiri) menyambut tetamu pada majlis rumah terbuka mereka, semalam.
MUHIBAH: Orang ramai menikmati juadah yang dihidangkan di majlis rumah terbuka Nadison pada hari pertama Deepavali, semalam.

KUCHING: Presiden Persatuan India Kuching (PIK) R. Nadison berharap pemimpin-pemimpin persatuan India di negeri ini bersatu dan bergabung suatu hari nanti.

Menurutnya, masalah terbesar yang dihadapi masyarakat India di negeri ini sekarang ialah terdapat terlalu banyak persatuan India.

“Di Kuching sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 persatuan India dengan populasi hanya sekitar 7,000 orang.

“Oleh itu, saya berharap semua pemimpin persatuan ini akan duduk bersama dan bergabung kerana sesebuah persatuan dengan keahlian yang besar akan menjadi lebih kukuh.

“Dengan itu, kita dapat memastikan permohonan serta tuntutan didengari oleh kerajaan dan pihak berkuasa yang lain,” katanya ketika ditemui di kediamannya sempena perayaan Deepavali, semalam.

Nadison menjadi presiden PIK sejak April tahun ini selepas mengambil alih daripada Anthony Ramanair yang memegang jawatan tersebut selama 14 tahun.

Justeru, beliau berharap dapat melakukan sesuatu kepada masyarakat India di sini khususnya dari segi pendidikan.

Selain itu, beliau turut memfokus untuk menyediakan bantuan serta sokongan kepada masyarakat India di sini bagi memulakan perniagaan.

Sementara itu, ratusan orang ramai daripada pelbagai kaum mengunjungi majlis rumah terbuka Nadison di kediamannya di Batu Kawa pada hari pertama sambutan Deepavali semalam.

Dengan semangat perpaduan yang disaksikan itu, Nadison berkata ia jelas menunjukkan bahawa negara ini adalah aman.

“Kita daripada semua kaum harus terus bersama-sama mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara,” katanya.

 

 

Advertisement