Anda di sini

65 peserta menghadiri Kursus Ternakan Madu Lebah Kelulut

Advertisement

BINTULU: Seramai 65 peserta yang merupakan ahli Unit Peladang Kawasan Nyalau menghadiri Kursus Ternakan Madu Lebah Kelulut di Balai Raya Kampung Nyalau, di sini.

Kursus sehari itu dirasmikan wakil Pejabat Jabatan Pertanian Sarawak Anuar Seli.

Turut hadir warga kerja Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bintulu, penguasa Jabatan Pertanian Daerah Bintulu termasuk penceramah iaitu Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gading Lundu Mani Salleh.

Kursus itu merupakan salah satu program anjuran PPK Bintulu untuk membantu ahli peladang di sini menceburi ternakan madu lebah kelulut sekali gus membantu menjana pendapatan.

Selain itu ia juga memenuhi permintaan ahli peladang kawasan Nyalau menceburi industri ternakan madu lebah kelulut yang sememangnya mampu menjana pendapatan lumayan.

Acara penyerahan sijil penyertaan disempurnakan Pengurus Besar PPK Bintulu Rokaiyah Musa.

Dalam pada itu, PPK Bintulu menggesa warga Bintulu yang berminat membeli madu lebah kelulut boleh datang ke Pejabat PPK Bintulu dengan menghubungi talian 086-331113 atau menghubungi Milton Krest Frankie di talian 013-8831792 dan Denis Mudit (013-8476810).

 

Advertisement