Anda di sini

Pemuda terima lima jahitan selepas dibelasah

Advertisement

SIBU: Seorang pemuda berusia 22 tahun menerima lima jahitan di kepala manakala rakannya mengalami retak tulang bahagian bawah mata setelah dibelasah sekumpulan lelaki kelmarin.

Kejadian malang itu dipercayai berlaku sekitar jam 6 petang di dalam sebuah pusat beli-belah di sini.

Sebelum kejadian, mangsa dan rakannya duduk berbual tidak jauh dari belakang pusat belibelah itu.

Sekumpulan lima lelaki tibatiba datang ke arah mereka dan cuba mencederakan mereka.

Tersentak dengan kejadian itu, mangsa dan rakannya kemudian lari ke dalam pusat beli-belah itu untuk mendapatkan bantuan.

Namun, usaha mereka tidak berhasil selepas dikepung oleh kumpulan lelaki terbabit.

Di fahamkan kedua -dua mangsa turut dipukul dengan objek keras dan topi keledar sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian kepala dan dahi.

Selang beberapa minit kemudian, kumpulan lelaki terbabit melarikan diri dan mangsa kemudian membuat laporan polis.

Difahamkan, mangsa berjaya mengenal pasti dua daripada suspek terbabit menerusi panggilan nama mereka.

Polis bertindak atas maklumat kemudian berjaya memberkas dua suspek terbabit manakala selebihnya masih diburu.

Selain itu, polis turut mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk membantu siasatan.

Siasatan awal tidak menolak kejadian tersebut berpunca rasa tidak puas hati kumpulan lelaki terbabit terhadap mangsa.

Sehari sebelum kejadian, keduadua sahabat itu membantu menyelamatkan seorang lagi pemuda daripada serangan kumpulan lelaki terbabit.

Dua suspek diberkas itu kini menjalani tahanan reman bagi membantu siasatan lanjut.

Advertisement