Anda di sini

Pelados, Saribas buru gelaran

Advertisement

Bertembung pada perlawanan akhir Piala Jabu 2015 petang ini menjanjikan aksi sengit

Oleh Saleman Senin //

BETONG: Peminat-peminat bola sepak sekitar Betong dijemput menyaksikan perlawanan akhir Piala Datuk Patinggi Jabu 2015 di Kompleks Sukan Betong petang ini (Selasa).

Perlawanan dijangka sengit antara Pelados Spaoh menentang Saribas United menyaksikan kedua-dua mempertaruh barisan kesebelasan utama dibarisi pemain- pemain hebat dan berstatus bintang yang pernah menyinari arena bola sepak Sarawak.

Bagaimanapun, bagi skuad Pelados Spaoh keyakinan ditunjukkan memberi gambaran mereka cukup bersedia menjulang piala keagungan bola sepak Betong buat kali kedua setelah memenangi edisi 2013 namun gagal mempertahankan kejuaraan edisi lalu.

Begitupun, semangat juang dipamerkan sepanjang kempen Liga Betong dan aksi Piala Jabu 2015 setelah memenangi dua piala pada tahun ini (Piala Sumbangsih dan Piala Liga Betong) memastikan tekad menjulang kejuaraan ketiga berturutturut sekali gus membawa pulang Piala Jabu untuk kali kedua sepanjang lapan edisi berturut-turut.

Mempertaruhkan ramai pemain berkaliber dan pemain pernah membarisi skuad Sarawak menyaksikan mereka berpeluang mengembalikan kegemilangan Pelados Spaoh merangkul gelaran.

Sementara itu, Saribas United kali pertama menyertai kejohanan ini bukan baharu dalam arena bola sepak apabila barisan kesebelasan utama merupakan bakat-bakat muda pernah menggegar arena bola sepak Betong sepanjang kempen liga dua tahun ke belakangan ini sekali gus memperlihatkan mereka setanding dengan barisan pemain elit.

Dengan misi mencipta kejutan merangkul kejuaraan pertama pada kempen Piala Jabu 2015, Saribas United turut memperkuat barisan pemain memiliki pakej terbaik di Sarawak pada kempen kali ini.

Semangat juang tinggi ditunjukkan sepanjang kempen Liga Betong menagih satu serasian dibawa pada final dijangka sengit petang ini.

Apapun kempen Piala Jabu 2015 ini dilihat cukup rancak apabila perang strategi dipamerkan kedua-dua pasukan dalam misi merebut kejuaraan dan menjulang piala berprestij itu.

Peminat dan penyokong menyaksikan pertembungan kedua-dua pasukan dalam final dijadualkan bermula jam 2.30 petang ini di Kompleks Sukan Betong bakal disempurnakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Perlawanan dijangka sengit petang ini turut diadakan pelbagai acara disediakan penganjur untuk disaksikan penonton.

Persembahan pentas artisartis tempatan dan berkumpulan juga bakal disaksikan sebelum acara final petang ini.

Jom datanglah beramai-ramai.

Advertisement