Anda di sini

Akademi Penerbangan Malaysia kini anggota bersekutu ICAO TPP

Advertisement
 Liow (dua kanan) menyaksikan majlis penyerahan sijil ‘Trainair Plus Associate’ daripada ICAO yang diwakili oleh Dr Olumuyiwa Benard Aliu (kanan) kepada MAvA yang diwakili Pengarahnya Dr Manjit Singh (kiri) di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya, semalam. Turut hadir menyaksikan Pengarah Serantau Asia Pasifik ICAO Arun Mishra (dua kiri) dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman (tengah). — Gambar Bernama

TERMETERAI: Liow (dua kanan) menyaksikan majlis penyerahan sijil ‘Trainair Plus Associate’ daripada ICAO yang diwakili oleh Dr Olumuyiwa Benard Aliu (kanan) kepada MAvA yang diwakili Pengarahnya Dr Manjit Singh (kiri) di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya, semalam. Turut hadir menyaksikan Pengarah Serantau Asia Pasifik ICAO Arun Mishra (dua kiri) dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman (tengah). — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Cabang latihan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Akademi Penerbangan Malaysia (MAvA) kini diiktiraf sebagai anggota bersekutu rangkaian organisasi latihan Trainair Plus Programme (TPP) Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

TPP ialah jaringan kerjasama pusat-pusat latihan penerbangan awam diwujudkan oleh ICAO yang memajukan kursus latihan berdasarkan kaedah pembangunan latihan yang standard.

Presiden Majlis ICAO Dr Olumuyiwa Benard Aliu menyampaikan plak keanggotaan bersekutu MAvA kepada Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman pada majlis disaksikan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai di sini semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Liow berkata selaku anggota TPP, MAvA diiktiraf sebagai organisasi latihan yang melakasana sistem pengurusan kualiti latihan yang mantap.

“Negara kini punya keupayaan memaju dan menyediakan Pakej Latihan Standard (STP) menggunakan kompetensi ICAO berasaskan pendekatan,” kata beliau.

MAvA telah mengendali latihan bagi personel perkhidmatan penerbangan udara selama lebih 45 tahun.

Sejak 1984, menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia, MAvA kini tegak dalam komuniti latihan penerbangan global, dan sehingga tahun lepas, ia telah melatih lebih 370 peserta antarabangsa dari 63 negara dalam kursus di pelbagai bidang penerbangan.

“Malaysia akan berada di hadapan dalam program melatih lebih ramai personel antarabangsa, terutama di rantau ASEAN,” katanya.

Liow yakin MAvA akan menjadi anggota penuh TPP menjelang 2016. — Bernama

Advertisement