Anda di sini

Sebuah rumah kayu kosong terbakar

Advertisement

MIRI: Sebuah rumah kayu kosong berdekatan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Baram di sini telah terbakar 80 peratus dalam kejadian pada jam 9 malam Sabtu lalu.

Jentera bomba daripada Balai Bomba Lopeng dianggotai 10 orang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ellai Bidang dan Jimmy Suhaili tiba di tempat kejadian pada jam 9.14 malam.

Api berjaya dipadamkan dalam tempoh 10 minit dan punca kejadian masih dalam siasatan.

 

 

Advertisement