Anda di sini

Kakitangan penyumbang kejayaan, kecemerlangan KTS

Advertisement

Oleh Borhaniza Ali Basah//

 Vincent (tiga kanan) menyampaikan piala kepada kumpulan KTS Trading Sdn Bhd setelah dinobat juara keseluruhan pada Karnival Sukan KTS 2015.

JUARA: Vincent (tiga kanan) menyampaikan piala kepada kumpulan KTS Trading Sdn Bhd setelah dinobat juara keseluruhan pada Karnival Sukan KTS 2015.

SIBU: Kejayaan dan prestasi cemerlang ditempa Kumpu-lan KTS (KTS) selama ini sebahagian besarnya dis-umbang oleh kakitangan syarikat berkenaan yang berkhidmat dengan penuh dedikasi, setia, jujur dan ikhlas.

Tanda hormat itu diluahkan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Te-menggung Vincent Lau yang turut mengucapkan penghar-gaan kepada semua kakitangan KTS atas jasa dan kerja keras mereka selama berkhidmat di syarikat itu.

“Saya berharap semua kaki-tangan di sini tanpa mengira pangkat terus bersama-sama belayar bersama KTS kerana saya amat yakin jika kita terus bekerja dalam perpaduan, kita mempunyai kekuatan dan sumber untuk menghadapi cabaran mendatang dan terus bergerak ke hadapan pada la-luan yang betul,” katanya pada Majlis Makan Malam KTS 2015 di sini malam kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Kumpulan KTS Lau Swee Nguong, Presiden Kelab KTS Peter Lau, Pengurus KTS Trading Sdn Bhd Sibu Benny Lau, pengurus-pengurus kanan dan pengurus KTS yang lain.

Vincent berkata KTS melalui pelbagai cabaran getir namun mereka bukan sahaja berjaya menempuh cabaran itu malah mampu berkembang lebih maju.

Justeru, beliau mengingatkan kakitangan KTS agar tidak menjadikan ketidakseimbangan ekonomi masa kini sebagai alasan membiarkan keamanan dan keharmonian negara tergugat.

“Seharusnya kita perlu bersatu dan mengukuhkan hubungan baik antara kaum di negara ini.

“Malah, perlu bekerja rapat mencari jalan mengurangkan kesan ke atas ekonomi,” tambahnya.

Dalam suasana ekonomi kini, kita harus sentiasa bersiap sedia setiap masa serta bijak menguruskan perbelanjaan secara peribadi dan sebaliknya.

“Kita harus mengurangkan pembaziran dan membelanjakan setiap sen untuk sesuatu yang memberi manfaat,” jelasnya.

Katanya keperluan menguruskan kos dan keadaan mendesak untuk kelangsungan perniagaan adalah diperlukan pada masa kini.

“Bagaimanapun, sebuah organisasi bijak tidak hanya merancang untuk kekal bertapak sebaliknya harus melihat ke hadapan dan memberanikan diri belayar dalam laluan sukar dan menyediakan atmosfera perniagaan lebih baik pada masa akan datang.

“Pada dasarnya, apabila iklim perniagaan berubah sudah pasti ada permintaan terhadap sesuatu kemahiran baharu daripada bakat yang kita ada,” katanya.

Vincent menambah, kita memerlukan pemimpin terbaik, jualan terbaik, minda paling kreatif, pengurus paling berdaya tahan dan pastinya kakitangan berkebolehan untuk bekerjasama dan kesungguhan seikhlas hati.

Sementara itu, suasana majlis diraikan dengan penuh meriah dihadiri kakitangan KTS serta ahli-ahli keluarga.

Suasana bertambah meriah dengan pertandingan karaoke sempena Karnival Sukan KTS 2015 dan acara cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah yang cukup lumayan.

 

 

Advertisement