Anda di sini

77 pemain sertai Golf Amatur Terbuka Sibu

Advertisement

SIBU: Seramai 77 pemain golf berentap pada Kejohanan Golf Amatur Terbuka Sibu merebut Piala Pusingan Datuk Patinggi Tan Sri Dr Wong Soon Kai di Padang Golf Sibu kelmarin.

Peserta adalah dari kelabkelab golf di Sibu, Kuching, Miri, Bintulu, Brunei dan Sabah.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Presiden Kelab Golf Sibu (SGC), Datuk Dr Soon Choon Teck kelmarin.

Kejohanan itu diadakan dari 14 hingga 16 Ogos menawarkan hadiah-hadiah lumayan.

Antaranya hadiah utama berupa sebuah kereta jenama Toyota Camry 2.5L Hybrid bernilai RM176,168.07 untuk ‘Hole-In-One’ untuk ‘Hole 8’.

Selain itu turut ditawarkan hadiah wang tunai dan alatan dan aksesori sukan golf mencecah ribuan ringgit.

Advertisement