Anda di sini

Ambil iktibar daripada kejadian di luar negara

Advertisement

Oleh Nick Fletcher//

 

KUCHING: Perubahan terburu-buru yang ditagih oleh segelintir pihak boleh memusnahkan ekonomi dan menjejaskan negara, kata Menteri Muda Perkhidmatan Komuniti Datuk Peter Nansian Ngusie.

Jelas beliau, masalah itu berlaku apabila tiadanya kestabilan dan perpaduan antara rakyat.

“Kejadian yang berlaku di luar negara seharusnya diambil iktibar oleh kita semua.

“Perubahan yang ingin dilakukan itu harus membawa kepada kebaikan serta kesejahteraan kepada rakyat dan negara.

“Oleh itu, kita tidak seharusnya menggadaikan masa depan anak cucu kita hanya semata-mata untuk mengejar sesuatu yang hany memberi faedah sementara kepada kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Kembara Jalur Gemilang 2015 Peringkat Daerah Bau di Pusat Redeems, Singai Bau dekat sini, semalam.

Dalam pada itu, Nansian yang juga Menteri Muda Pembangunan Estet Perindustrian dan ADUN Tasik Biru menegaskan agar pelbagai usaha digembleng bagi memastikan generasi muda tanpa mengira latar agama, keturunan mahupun budaya celik sejarah.

“Anak-anak muda perlu terus dibimbing dan diasuh, dipersiapkan dengan jati diri dan diperteguhkan semangat patriotisme mereka, baharulah Malaysia dengan rakyatnya yang berjiwa besar akan kekal berdaulat dan merdeka dalam erti kata sebenar,” katanya.

Justeru, beliau berkata kini bukanlah masanya untuk rakyat saling berpecah belah sebaliknya harus mara untuk memajukan negara berasaskan perpaduan nasional.

“Oleh itu, tiada siapa pun pihak luar yang berhak mengajar kita bagaimana hendak berjalan kerana kita sudah lama melangkah,” katanya.

Advertisement