Anda di sini

Mangsa kebakaran syukur bantuan kerajaan, orang perseorangan

Advertisement

KUCHING: Mangsa kebakaran di Kampung Tupong Ulu, Jalan Astana melahirkan rasa syukur dengan bantuan yang dihulurkan kepada mereka ketika ditimpa musibah.

Bolhassan Karim, 45, berkata beliau dan keluarga berterima kasih kepada pihak yang telah membantu meringankan beban mereka.

“Terima kasih kepada pihak kerajaan dan orang perseorangan yang tampil menghulurkan sumbangan kepada kami sekeluarga.

“Kita bersyukur ada pihak yang ringan tangan membantu kami sekeluarga ketika ditimpa musibah ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Hadir menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa semalam isteri Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Dalam insiden itu, lima keluarga dengan ahli keluarga seramai 21 orang hilang tempat berteduh apabila rumah berusia 50 tahun yang didiami mereka musnah dalam kebakaran awal pagi kelmarin.

 

Advertisement