Anda di sini

Suspek kes bunuh juruaudit Malindo Air direman

Advertisement

KUALA LUMPUR: Seorang suspek kes bunuh juruaudit Malindo Air, Suraiza Hamzah, yang ditemui mati di kediamannya pada Isnin malam, ditahan reman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor berkata lelaki itu yang dipercayai saudara terdekat Suraiza, 46, ditahan oleh anggota peronda balai polis Taman Tun Dr Ismail setengah jam selepas mangsa ditemui mati.

“Perintah tahanan reman telah diperoleh hari ini (semalam), kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Menurutnya objek tumpul yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa juga ditemui semalam dan dihantar ke Makmal Forensik untuk membantu siasatan.

Mayat Suraiza dijumpai di ruang tamu rumahnya di Taman Tun Dr Ismail di sini pada jam 7.30 malam oleh anak lelakinya berusia 17 tahun. — Bernama

 

Advertisement