Anda di sini

Dempsey ledak hatrik sulung

Advertisement
 Zardes (kiri) menewaskan penjaga gol Cuba, Diosvelis Guerra (tengah) untuk menjaringkan gol buat AS pada aksi suku akhir Piala Emas CONCACAF menentang Cuba di Stadium M&T Bank, Baltimore di Amerika Syarikat pada Sabtu lepas. — Gambar AFP

GEGAR JARING: Zardes (kiri) menewaskan penjaga gol Cuba, Diosvelis Guerra (tengah) untuk menjaringkan gol buat AS pada aksi suku akhir Piala Emas CONCACAF menentang Cuba di Stadium M&T Bank, Baltimore di Amerika Syarikat pada Sabtu lepas. — Gambar AFP

AS melangkah ke separuh akhir Piala Emas selepas membelasah Cuba 6-0 di Baltimore

BALTIMORE: Hatrik antarabangsa pertama Clint Dempsey membantu juara bertahan Amerika Syarikat (AS) menewaskan Cuba 6-0 kelmarin, sekali gus membawa pasukan Amerika ke peringkat separuh akhir kejohanan bola sepak Piala Emas.

Bekas penyerang Fulham berusia 32 tahun itu menanduk masuk gol pembukaan pada minit keempat, menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-64 dan menjaringkan gol dengan kuisan kaki kanan pada minit ke-78 untuk menjadi penjaring terbanyak setakat ini di kejohanan Amerika Utara yang diadakan sekali dalam tempoh dua tahun itu.

“Ia rasa bagus.  Saya pernah menjaringkan hatrik untuk kelab saya dahulu.  Saya ternyata bernasib baik.

Saya tidak mungkin dapat meletakkan bola di belakang jaring tanpa rakan-rakan sepasukan,” kata Dempsey.

“Kita sentiasa mahu menjaringkan sebanyak mungkin gol yang kita mampu.  Namun perkara utama ialah kami memenangi perlawanan.

” Dengan membelasah musuh politik Perang Dingin mereka di hadapan 37,994 penyokong di stadium pasukan NFL Baltimore Ravens, pasukan Amerika menempah perlawanan pada Rabu ini di Atlanta menentang Jamaica, yang menang 1-0 ke atas Haiti dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

“Kami ternyata pasukan bukan pilihan,” kata jurulatih Jamaica dari Jerman Winfried Schaefer mengenai perlawanan menentang skuad AS yang dibimbing oleh Jurgen Klinsmann dari Jerman.

“Ini adalah sukar.

” Perlawanan suku akhir semalam menyaksikan Mexico menentang Costa Rica manakala Panama bertarung dengan Trinidad dan Tobago.

Enam gol Dempsey dalam Piala Emas menjadikannya pemain yang perlu dikejar bagi anugerah penjaring terbanyak But Emas.

Gol karier sebanyak 47 yang dijaringkan oleh penyerang pasukan The Seattle Sounders itu meletakkannya di tempat kedua dalam senarai sepanjang zaman AS, kurang 10 di bawah rekod Landon Donovan.

“Dia lapar gol dan dia ada dua lagi makanan,” kata Klinsmann mengenai Dempsey dan menambah dengan ketawa mengenai hatrik pertama pemain itu bagi AS, “Dia sudah cukup lama menunggunya.

” Penyerang Gyasi Zardes menjaringkan gol pada minit ke-14, Aron Johannsson mencungkil bola ke atas penjaga gol Cuba Diosvelis Guerra pada minit ke-32 dan Omar Gonzalez menyumbat satu lagi gol pada minit ke- 45 untuk memberikan kemenangan yang paling berat sebelah dalam sejarah Piala Emas ke atas pasukan Cuba yang lemah disebabkan oleh pembelotan.

“Pemain yang tidak ada di sini untuk kami, mereka tidak bermakna apa-apa bagi kami.

Mereka telah memilih laluan lain,” kata jurulatih Cuba Raul Gonzalez.

“Pemain kami bersedia tetapi akhirnya mereka tidak dapat mengikuti rentak.

” Usaha berterusan oleh pemimpin politik AS dan Cuba untuk memulihkan hubungan diplomatik amat penting sekali bagi keduadua negara, kata Gonzalez, dan pasukannya pada suatu hari nanti mungkin tidak akan ada pembelot.

“Saya percaya apa yang dilakukan oleh kedua-dua negara kami adalah sangat penting,” kata Gonzalez.

“Bagi kami dalam bola sepak, ia sangat penting.  Kami dapat meningkat disebabkan ini.

” Lima pemain tidak ada dalam skuad Cuba ekoran laporan tentang pembelotan.

Pasukan itu juga terpaksa menangani masalah visa pada permulaan kejohanan.

“Pujian kepada mereka kerana menangani situasi yang terpaksa mereka tangani untuk sampai ke sini,” kata Dempsey.

“Kami tajam dari mula lagi.

Kami tahu kami perlu mempamerkan permainan yang profesional dan itulah apa yang kami lakukan.

” Pasukan Amerika, yang cuba menandingi rekod Mexico bagi enam kejuaraan Piala Emas, melebarkan siri kemenangan mereka ke atas Cuba kepada sembilan perlawanan dan meningkat kepada 9-1-1 sepanjang zaman ke atas negara pulau Komunis itu.

Kejayaan mempertahankan kejuaraan akan menyaksikan pasukan Amerika memperolehi tempat dalam Piala Konfederasi 2017 di Rusia.

Pasu kan Amerika mesti menentang juara Piala Emas pada tahun ini untuk merebut tempat itu jika mereka tidak memenangi semula piala.

“Keyakinan meningkat lama kelamaan semakin lama kejohanan berlangsung,” kata Dempsey.

“Kami harap kami masih dapat mempamerkan permainan terbaik kami selepas ini.

” Cuba, yang menduduki 70 tempat di bawah AS pada ranking ke-104 di dunia oleh FIFA, berpuas hati dengan kemaraan ke peringkat suku akhir untuk menandingi pencapaian terbaiknya dalam Piala Emas.

Pasukan Cuba disingkirkan pada 2003 dan 2013 oleh pasukan Amerika.

Jamaica memenangi perlawanan kalah mati pertama Piala Emas di antara seteru-seteru Caribbean dengan satu jaringan oleh Giles Barnes pada minit ketujuh sertausaha pertahanan yang kental untuk menafikan gol penyamaan bagi Haiti.

“Saya sangat bangga dengan pasukan saya,” kata Schaefer.

“Semua pemain kami bermain melebihi batas. ” — AFP

Advertisement