Anda di sini

ABF dan LNG anjur Program Sentuhan Kasih Petronas 2015

Advertisement

BINTULU: Tahun ini sekali lagi ASEAN Bintulu Fertilizer (ABF) Sdn Bhd dan Malaysia LNG Group of Companies menganjurkan majlis berbuka puasa sempena Program Sentuhan Kasih Petronas 2015.

Tahun lepas program yang sama diadakan di Dewan Suarah Bintulukali ini program itu diadakan di Kompleks Kebajikan Anak Yatim Bintulu, Jepak semalam.

Kompleks Pertubuhan Anak Yatim Bintulu itu baharu beroperasi pada tahun ini.

Program yang bermula pada jam 5.45 petang hingga 8 malam itu dimeriahkan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim, majlis berbuka puasa serta beberapa program sampingan lain untuk meraikan golongan anak-anak yatim di bahagian ini.

Majlis itu dihadiri pengurusan ABF dan MLNG serta penduduk setempat.

Advertisement