Anda di sini

Seramai 15 pelajar Penan terpilih ke IPG Miri

Advertisement

Mereka antara 77 peserta terpilih jalani latihan perguruan selama lima tahun di IPG berkenaan

Oleh Mohd Achil Norrlatep //

 Dennis (duduk baris depan, tiga kanan) dalam satu sesi fotografi bersama yang lain setelah selesai menyerahkan sumbangan kepada pelajar Penan.

KEBANGGAAN PENAN: Dennis (duduk baris depan, tiga kanan) dalam satu sesi fotografi bersama yang lain setelah selesai menyerahkan sumbangan kepada pelajar Penan.

MIRI: Kegembiraan jelas terpancar di wajah 15 pelajar Penan dari Telang Usan, Tinjar, Suai dan Belaga kerana terpilih untuk menjalani latihan perguruan selama lima tahun di Institut Pendidikan Guru (IPG) Miri.

Mereka antara 77 peserta terpilih menjalani latihan perguruan di IPG berkenaan sekali gus bakal bergelar pendidik sebaik sahaja tamat latihan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau Jok sempat berkongsi kegembiraan ketika sesi pendaftaran di IPG Miri baru-baru ini dan menghulur sumbangan peribadi kepada 15 pelajar Penan berkenaan.

“Bagi pihak komuniti Penan, kami berterima kasih kepada  kerajaan kerana melalui usaha ini, ramai Penan terpilih menjadi guru,” katanya kepada Utusan Borneo.

Persatuan TIPUN Penan Sarawak (PETIPUN) di bawah pimpinan Temenggung Datuk Hasan Sui menurut Dennis, turut membantu pelajar apabila sudi membayar yuran kumpulan pelajar ini.

Dennis turut berpesan kepada semua pelajar untuk tidak melepaskan peluang menuntut ilmu supaya dapat mengubah nasib keluarga seterusnya kaum mereka sendiri.

Banyak pihak katanya, memberi sumbangan dan usaha untuk melihat pelajar ini diterima menjadi pelatih dan berjaya pada suatu hari nanti.

“Saya juga sebagai wakil rakyat terpaksa meminta sedikit kelonggaran supaya anak kita di pedalaman diterima menjadi pelatih di IPG,” jelasnya.

Turut hadir Ahli Jawatankuasa Gereja Penan Kawasan Pedalaman Kaunselor Charles Balan Seling.

Advertisement