Anda di sini

Bolos tujuh ‘bodyguard’

Advertisement

Dua lelaki India berjaya lari daripada kurungan agensi pekerjaan asing

Oleh Michael Ubam //

 Rahul (kiri) dan rakan senegaranya dijangka pulang malam ini.

LEGA: Rahul (kiri) dan rakan senegaranya dijangka pulang malam ini.

 Rahul mengalami luka di kelopak mata kiri akibat dihentak  dengan kipas meja oleh pihak agensi terbabit.

SELAMAT: Rahul mengalami luka di kelopak mata kiri akibat dihentak dengan kipas meja oleh pihak agensi terbabit.

SIBU: Dua lelaki warga India dipercayai menjadi mangsa penganiayaan sebuah agensi pekerjaan asing berjaya meloloskan diri daripada enam hingga tujuh orang ‘bodyguard’ selepas dikurung semalaman di pejabat agensi terbabit di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 6 petang, kedua-dua lelaki asing berumur 25 dan 26 tahun itu dikurung pihak agensi terbabit sejak Selasa lalu.

Terdahulu, salah seorang mangsa hanya dikenali sebagai Rahul (bukan nama sebenar) bersama seorang rakan senegara meminta pihak agensi membeli tiket penerbangan pulang ke India.

Permintaan untuk pulang ke negara asal didorong 15 rakan senegara yang baharu sahaja dihantar pulang oleh pihak agensi malam kelmarin.

Menurut Rahul, dia bersama rakannya tiba di negeri ini sejak September lepas dan hanya sebulan bekerja di kapal pengangkutan pembalakan (Kapit-Putai-Kapit) pada November tahun lepas.

“Kami dijanjikan bekerja di kapal besar dan bergaji lumayan sebelum tiba di negara ini. Tetapi, sebaliknya kami bekerja di kapal beroperasi di sungai,” kata Rahul yang tidak bekerja sehingga sekarang.

Menurutnya, sejak itu kedua-dua mereka diarah pihak agensi mengikut apa sahaja arahan majikan selain duduk menghitung hari.

Selepas mendengar berita rakan-rakan lain yang sebelum ini ditempatkan di rumah selamat di Tanjung Keling, Melaka akan pulang ke India, Rahul dan rakannya turut memohon agensi memulangkan pasport dan membeli tiket penerbangan pulang.

Akibat tindakan itu, seorang pengurus agensi naik hantu dan memukul Rahul dengan kipas meja menyebabkannya mengalami luka di bahagian kelopak mata kiri.

Advertisement