Anda di sini

Jenazah mangsa gempa bumi selamat dikebumikan di Melaka

Advertisement

JASIN: Jenazah mangsa gempa bumi di Sabah, Muhammad Loqman Abd Karim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chinchin di sini, awal pagi semalam.

Jenazah Muhammad Loqman, 22, dikebumikan pada jam 2.30 pagi semalam yang dihadiri lebih 100 orang antaranya anggota keluarga, rakan dan penduduk kampung termasuk Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin.

Terdahulu, jenazah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam dekat sini pada jam 11.50 malam kelmarin dengan pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia, diiringi bapanya Abdul Karim Mohd Yazam dan ibunya, Izzah Abu Bakar.

Jenazah kemudian dibawa ke rumah datuknya Abu Bakar Amin di Kampung Chinchin di sini sebelum di-kebumikan. Arwah merupakan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa di Kuala Lumpur. — Bernama

Advertisement