Anda di sini

Sarawak ke KL untuk tiga perlawanan persahabatan

Advertisement

KUCHING: Skuad Sarawak akan bertolak ke Kuala Lumpur hari ini untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan tiga kelab di sana.

Pengendalinya Robert Alberts berkata kelab-kelab yang telah dikenal pasti sebagai skuad ‘sparring’ bagi Sarawak ialah PKNS (6 Jun), UiTM (8 Jun) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 11 Jun.

Menurut Alberts, perlawanan persahabatan itu bertujuan mengembalikan tahap kecergasan pemain selepas berehat panjang selama enam minggu.

“Tempoh cuti panjang agak merisaukan kerana tahap kecergasan pemain akan kembali menurun.

“Justeru, saya berharap pemain akan menggunakan tiga aksi persahabatan ini untuk memulihkan prestasi mereka bagi menghadapi semula saingan nanti,” ujar Alberts semalam.

Sarawak bagaimanapun tidak dapat menggunakan khidmat Daglish Papin Test yang masih cedera termasuk Joseph Kalang Tie dan Ronny Harun yang masih berkhidmat dengan skuad negara.

Saingan Liga Super 2015 akan bersambung pada 20 Jun ini dengan Sarawak akan melayan kunjungan Perak di Stadium Negeri.

Ia pastinya keupayaan sebenar Sarawak kerana mereka akan bermain dalam bulan Ramadan.

Ketika ini, Sarawak sedang menghuni tangga kesembilan dengan 12 mata hasil dari tiga kemenangan dan tiga seri.

 

Advertisement