Anda di sini

FC Brooke bermaharajalela

Advertisement

BENTENG KEBAL: Pemain pertahanan FC Brooke, Khairol Aswad Azmi (kanan) cuba mengawal pergerakan penyerang pasukan OBYU Realty pada perlawanan yang berlangsung di Padang C, Petra Jaya petang semalam.

Anak didik Samsul terus selesa di singgahsana liga apabila membelasah OBYU Realty 7-0

KUCHING: Pilihan juara FC Brooke meneruskan rentak bergaya dengan membelasah OBYU Realty 7-0 pada perlawanan K-league iM 2015 yang berlangsung di Padang C, Petra Jaya petang semalam.

Kelibat bintang sensasi dari Betong, Nazreen Ismail antara yang mencuri tumpuan apabila meledak dua gol cantik pada minit ke-51 dan 57.

Ia disusuli dua gol rakan sepasukannya, Khairulnizam Johari pada minit ke-16 dan 60.

Manakala tiga lagi gol masing-masing disumbangkan oleh Aisamuddin Anuar Mahdi minit ke-5, Mohammad Shahfitri Salim minit ke-9 dan Hadza Hidzwan Sulaiman pada minit ke-22 permainan.

Kemenangan tersebut menyaksikan anak didik Samsul mengekalkan penguasaan di takhta liga dengan menggumpul 22 mata selepas mengharungi lapan perlawanan hasil daripada tujuh kemenangan dan sekali seri.

“Syukur dengan kemenangan yang dicatat pemain petang semalam sekali gus mengukuhkan kedudukan kami (FC Brooke) di tangga teratas liga ketika ini,” kata ketua jurulatih, Samsul Napiah.

Menurut Samsul, pemainnya mempraktik segala yang telah dirancang dengan baik malah bijak memanfaatkan peluang dimiliki.

Sementara itu, hari ini berlangsung satu perlawanan dengan juara bertahan DBKU akan turun menentang KSK Satok di gelanggang sama (4.15 petang).

 

Advertisement