Anda di sini

Usaha pendidikan pelaburan PNB disokong

Advertisement

Oleh Borhaniza Ali Basah//

 

SIBU: UMW Holding Berhad (UMW Holding) sebagai sebuah anak syarikat kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyokong penuh segala usaha PNB mendidik orang ramai mengenai pelaburan.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan UMW Datuk Syed Hisham Syed Wazir, PNB adalah antara yang paling berjaya di negara ini kerana pengurusan mantap dan mampu memberi peningkatan pulangan hasil pelaburan kepada pelabur-pelaburnya setiap tahun.

“PNB, MSAM adalah satu kejayaan sebagai satu aktiviti untuk menggalakkan orang ramai melabur dengan baik dan mendapat fahaman yang baik dalam unit pelaburan.

“Pulangannya tinggi daripada syarikat pelaburan berdaftar lain di dalam negara ini,” katanya selepas Majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2015 di sini kelmarin.

Katanya di samping mengambil bahagian dan membantu menjayakan program ini, UMW menjadikan MSAM sebagai landasan mempromosikan produk-produk mereka kepada orang ramai.

Orang ramai mengetahui lebih lanjut tentang syarikat UMW dan cara ini memberi keyakinan kepada pembeli dan kepada pembeli produk UMW dan pembeli-pembeli saham PNB.

Sementara itu, UMW Grantt International Sdn Bhd (UMWG), anak syarikat milik penuh UMW Group buat pertama kalinya menjual minyak pelincir jenama sendiri iaitu GRANTT baharu yang mula diperkenalkan di pasaran pada Januari lalu.

GRANTT adalah satu jenama ‘in-house’ dan adalah buatan sepenuhnya di UMW’s ISO 9001:2008-kilang diperakui di Shah Alam.

Ia dirumus daripada minyak asas berkualiti premium dengan formula proprietari menyediakan kebersihan enjin cemerlang, kecekapan bahan api luar biasa, perlindungan dan prestasi.

Antara pelincir tersebut ialah termasuk Minyak Kenderaan Penumpang (PCMO), Minyak Motosikal (MCO), Minyak Enjin Diesel (PPD), Auto Transmission Fluid (ATF) dan Perindustrian.

GRANTT PCMO pelbagai Stellar telah diuji memenuhi keperluan American Petroleum Institute’s API-SN dan sebagai standard ACEA A3/B4 Persatuan Pengeluar Automobil Eropah.

Walaupun Stellar adalah produk pelbagai PCMO GRANTT, MCO dan PPD masing-masing digelar Quadra dan Quasar.

GH Lube Sdn Bhd adalah perintis pengedar induk pelincir GRANTT di Sarawak.

Dengan rangkaian pengedar luas seluruh Sarawak meliputi Kuching, Sibu, Sarikei, Bintulu, Mukah, Limbang, Saratok, Betong, Sri Aman dan Miri, UMWG percaya pelincir GRANTT mempunyai pengguna di Sarawak lebih jauh dan luas.

Sementara itu, Kumpulan UMW adalah sebuah konglomerat antarabangsa membangunkan industri, menguruskan perkongsian dan kemudahan pertumbuhan.

Ia terlibat dalam empat perniagaan teras – automotif, peralatan, pembuatan dan kejuruteraan serta minyak dan gas.

Tanggungjawab sosial korporat (CSR) adalah sesuatu yang ingin dilakukan dan bukan kerana keperluan sahaja.

 

Advertisement