Anda di sini

PRN tidak mungkin diadakan tahun ini

Advertisement

Laporan oleh Saibi Gi, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Hamimi Kassim//

RESPONS: Rundi ditemu bual pemberita selepas Istiadat Perbarisan Pembukaan Persidangan DUN Ke-17 di Kuching, semalam.

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak mungkin akan diadakan tahun ini, kata Setiausaha Agung PBB Datuk Dr Stephen Rundi Utom.

Namun, katanya perkara itu adalah bergantung kepada keputusan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

“Kami belum lagi bercakap tentang pilihan raya dan Ketua Menteri tidak bercakap mengenainya…kami juga belum membincangkan mengenai kerusi atau calon.

“Lagipun ia masih awal jadi kami cuba untuk memenuhi apa sahaja yang telah dijanjikan dalam pilihan raya lepas” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau ditemui selepas Istiadat Perbarisan Pembukaan Persidangan Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) Ke-17 di sini, semalam.

Berhubung keputusan Parti Demokratik Progresif Sa-rawak (SPDP) yang telah mengumumkan senarai calon mereka, Rundi berkata Barisan Nasional (BN) Sarawak akan bermesyuarat untuk memutuskan mengenai calon yang sesuai dalam setiap parti komponen.

“Itu adalah keputusan mereka (SPDP) tetapi BN akan bermesyuarat untuk membuat keputusan mengenai calon sesuai termasuk dalam SPDP, Parti Rakyat Sarawak (PRS), PBB dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

“Kami serahkan kepada Ketua Menteri untuk membuat keputusan tetapi dalam PBB, ia belum diputuskan lagi,” katanya.

Tempoh penggal DUN akan berakhir Jun 2016 dan ekoran itu, PRN Ke-11 boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

 

Advertisement