Anda di sini

InvestSmartTM inisiatif perkasa pelabur SC

Advertisement

PELABURAN BIJAK: Khairul (tengah) menunjukkan Mobile App yang merupakan aplikasi kalkulator kewangan di Sibu semalam.

SIBU: InvestSmartTM adalah kempen kesedaran pelaburan yang komprehensif dan celik bagi mendekati penduduk di sini dan memberi kuasa kepada pelabur dalam asas membuat keputusan pelaburan kukuh.

Timbalan Pengurus Besar dan Ketua Hal Ehwal Aduan Pelabur Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Khairul Ridzwan Abdul Kuddus menjelaskan bahawa InvestSmartTM adalah inisiatif memperkasa pelabur SC.

“Demografi Sibu mempunyai campuran baik dari segi pendapatan lebih tinggi dan pendapatan rendah kepada kumpulan berpendapatan sederhana.

“Dari segi penduduk, ia adalah daerah ketiga terbesar di Sarawak.

“Jadi, saya fikir Sibu merupakan peluang baik bagi SC mendekati semua segmen penduduk dalam satu tempat.

“Ini adalah penganjuran pertama yang kami buat di Sibu di bawah InvestSmartTM,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2015 di sini kelmarin.

Tambahnya, MSAM mempunyai keupayaan menarik orang ramai dalam skala besar justeru mereka mahu memanfaatkan peluang itu.

“Dengan MSAM, inilah peluang baik menyediakan pendidikan pelabur,” katanya sambil menjelaskan bahawa perlindungan pelabur adalah antara tanggungjawab utama mereka dan cara terbaik melalui pendidikan.

“Kami mendapati anda boleh berada di dalam peraturan menyelia syarikat yang dapat menjalankan aktiviti pelaburan, tetapi perlindungan diri adalah salah satu cara terbaik melindungi diri anda.

“Itulah sebabnya InvestSmartTM salah satu cara kita memberi kuasa kepada pelabur mendidik mereka,” katanya sambil berkata InvestSMART dilancarkan pada Jun tahun lalu.

Katanya SC sering menjalankan pendidikan kepada pelabur tetapi di bawah InvestSmartTM mereka mahu menjadikannya lebih menarik kepada orang ramai dan lebih mudah difahami untuk membimbing para pelabur dalam pasaran modal.

Orang ramai gentar dengan pelaburan kerana mereka beranggapan ia sesuatu yang sangat rumit.

Oleh itu, beliau menjelaskan bahawa pendekatan InvestSmartTM dipandu tiga prinsip utama iaitu komprehensif, mudah dan pelbagai kaedah.

Komprehensif bermakna menyasarkan semua segmen penduduk Malaysia melabur untuk mendidik mereka dengan asas-asas dalam membuat keputusan pelaburan kukuh.

 

Advertisement