Anda di sini

Guru disamun ketika dalam tadika

Advertisement

BESUT: Seorang guru wanita sebuah tadika di Gong Kepas, Kampung Raja di sini disamun wang tunai, barang kemas dan kamera kelmarin.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7.15 pagi ketika guru itu bersendirian dan sedang menunggu kehadiran murid-muridnya.

Beliau berkata mangsa kemudiannya didatangi tiga lelaki yang berkereta.

“Seorang suspek dilapor mengacu pisau ke leher mangsa sambil meragut rantai, gelang tangan, cincin, wang tunai RM800 dan sebuah kamera,” katanya.

Guru itu kemudian membuat laporan polis. — Bernama

 

Advertisement