Anda di sini

Pemandu bas persiaran maut tersepit bawah bas

Advertisement

IPOH: Seorang pemandu bas persiaran maut akibat tersepit di bawah basnya di Kilometer 317, Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran Tapah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata kejadian berlaku jam 11.15 pagi semalam ketika bas yang dipandu Yeoh Tian Bun, 24, dari Klang, Selangor gagal dikawal dan menyebabkannya terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar pembahagi jalan serta memasuki parit.

Beliau berkata bas itu tidak membawa penumpang.

“Pemandu itu tercampak keluar melalui cermin dan terjatuh di bawah bas serta tersepit,” katanya.

Mangsa meninggal di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Tapah, Abu Hassan Shaari Mat Isa berkata pihaknya mengeluarkan mangsa dari bawah bas. — Bernama

 

Advertisement