Anda di sini

Perbanyak pendidikan keselamatan jalan raya

Advertisement

Oleh Siti Aisyah Ramli //

Pemupukan perlu dimula dari peringkat sekolah

KUCHING: Penganjuran lebih banyak program pendidikan dan kempen keselamatan jalan raya perlu dilaksanakan secara holistik sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya di negeri ini.

Malah, program itu harus dimulakan dari peringkat sekolah dan menyasarkan penglibatan golongan pelajar sebagai pendekatan awal memupuk dan meningkatkan kesedaran mengenai isu keselamatan jalan raya.

Pengerusi Pengelola Program Pendidikan Lalulintas Shell Peringkat Bahagian Kuching 2015 Jong Nyong Khoon berkata, setiap agensi harus berganding bahu menganjurkan lebih banyak program berunsur pendidikan ke arah kese-daran keselamatan pengguna jalan raya.

“Tidak kira anda dari agensi kerajaan, swasta mahupun badan bukan kerajaan (NGO), marilah kita berganding bahu menganjur lebih banyak program kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat setempat.

“Selain meningkatkan kesedaran kepada pengguna jalan raya yang dewasa, ia juga sebagai pendedahan awal kepada para pelajar sekolah supaya bersikap lebih berhati-hati ketika berada di jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Pendidikan Lalu Lintas Shell Peringkat Bahagian Kuching 2015 anjuran bersama Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan syarikat Shell di Taman Lalu Lintas di sini, semalam. Hadir sama ialah Pengerusi MPP Lo Khere Chiang.

Jong berkata, jaminan keselamatan jalan raya adalah bergantung sepenuhnya kepada tiga faktor utama iaitu pengguna jalan raya, infrastruktur jalan raya dan juga keadaan kenderaan ataupun peng-angkutan.

Sementara itu, Residen Bahagian Kuching Sukar-min Chasemon meng-ucapkan tahniah kepada penganjur program tersebut yang berjaya menarik penyertaan seramai 500 pelajar dari 36 sekolah menengah dan rendah di sekitar bandar raya Kuching dan Bau.

“Tahniah kepada pemenang dan kesemua peserta yang terlibat pada hari ini (semalam). Jadikan pengalaman ini sebagai pengalaman yang berguna untuk diaplikasi pada masa akan datang,” katanya ketika berucap ringkas.

Program Pendidikan Lalu Lintas Shell Peringkat Bahagian Kuching 2015 yang diadakan bermula dari jam 7 pagi hingga 2.35 petang itu menyaksi-kan lima kategori yang dipertandingkan merang-kumi Ujian Interaktif Komputer, Ujian Pejalan Kaki, Ujian Penunggang Basikal, Ujian Pemandu Kereta Terbaik dan Sekolah Terbaik.

Johan untuk kategori Ujian Interaktif Komputer ialah Caryn Chong dari SMK Kuching High bagi peringkat sekolah menengah dan Dawson Chang dari SJK (C) Sungai Apong (sekolah rendah).

Tempat pertama bagi Ujian Pejalan Kaki pula berjaya dimenangi oleh Adam Danial Kamrudin dari SMK (A) Tun Ahmad Zaidi Adruce bagi peringkat sekolah menengah dan Tan Zheng Xuan dari SJK (C) Sungai Apong (sekolah rendah).

Ujian Penunggang Ba-sikal bagi peringkat sekolah menengah pula menyaksi-kan tempat pertama berjaya dirangkul oleh Dayang Nurul Hafizah Ahmad Safry dari SMK (A) Tun Ahmad Zaidi Adruce dan bagi peringkat sekolah rendah pula dimenangi Voon Yeu Heng juga dari SJK (C) Sungai Apong.

Manakala Ujian Pemandu Kereta Terbaik dimenangi oleh Mohammad Akmal Jhakim Hipni dari dari SMK (A) Tun Ahmad Zaidi Adruce (peringkat menengah) dan Jeslyn Sim dari SK Kenyalang bagi sekolah rendah.

Sekolah menengah ter-baik keseluruhan dimenangi oleh SMK (A) Tun Ahmad Zaidi Adruce manakala sekolah rendah terbaik keseluruhan pula dimenangi oleh SJK (C) Sungai Apong.

Pemenang akan mewakili Kuching ke Program Pendidikan Lalu Lintas Shell Peringkat Negeri 2015 yang berlangsung pada bulan September di Miri.

Advertisement