Anda di sini

280 atlet bertarung WTF Yayasan Sarawak

Advertisement

KUCHING: Kira-kira 280 atlet dari sekolah, kelab Bahagian Kuching dan Samarahan bertarung pada Kejohanan Taekwondo (WTF) Jemputan Yayasan Sarawak 2015 di Dewan Yayasan Sarawak, di sini Ahad lalu.

Kejohanan itu dianjurkan dengan jayanya oleh Yayasan Sarawak bersama Kuching Taekwondo & Self-Defence Club (WTF) dan Kelab Taekwondo Bumi Kenyalang (WTF).

Ketua Penolong Pengarah Yayasan Sarawak, Mersal Abang Rosli mewakili pengarahnya, Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki merasmikan kejohanan tersebut dengan memecahkan papan pada majlis pembukaan.

Hadir sama Pengerusi Teknikal Negeri Sarawak Master Tan Check Joon dan Penolong Pengarah Yayasan Sarawak/ Pengerusi Akademi Taekwondo Yayasan Sarawak, Jolly Marikan.

Jawatankuasa penganjur merakamkan penghargaan kepada Tan, Akademi Taekwondo Yayasan Sarawak, ahli-ahli, ibu bapa, jurulatih atas bantuan dan sumbangan serta kerjasama mereka menjayakan kejohanan tersebut.

Advertisement