Anda di sini

Pemain SBA dominasi Kejohanan Badminton Junior Tertutup Sarawak

Advertisement

KUCHING: Pemain Persatuan Badminton Sarawak (SBA) mendominasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Junior Tertutup Sarawak apabila memenangi enam daripada 16 kategori yang dipertandingkan di Dewan SBA baru-baru ini.

Selain memenangi perseorangan dan bergu Perempuan B18, kategori lain yang turut dimenangi merangkumi perseorangan Lelaki B14 (Barrie Chong), perseorangan Perempuan B14 (Flora Fong), bergu Lelaki B14 (Barrie Chong-Nik Azizi Murat) dan bergu Perempuan B16 (Flora Fong-Kristy Tay).

Kourtney Kho yang merupakan pemain pilihan utama menang percuma dan merangkul kejuaraan Perempuan B18 apabila rakan sepasukannya Viviene Kua menarik diri.

Chung Jing Sport Miri juga menampilkan keputusan baik selepas memenangi tiga gelaran manakala MBA turut sama.

Sejumlah 332 pemain badminton yang melibatkan 21 pasukan menyertai kejohanan itu.

Kejohanan itu merupakan pentas memilih pemain mewakili Sarawak ke Sirkit Junior Kebangsaan Zon Sabah-Sarawak di Stadium Likas pada 24 hingga 26 April.

Mereka turut berpeluang tepilih ke Kejohanan Berpasukan Campuran B18 Antara Negeri Junior Kebangsaan di Negeri Sembilan dari 11 hingga 14 Jun.

Advertisement