Anda di sini

Seorang lagi kru kapal jatuh di Sungai Igan

Advertisement

Oleh Andy Sabang //

Sopandi dari Indonesia dikhuatiri lemas setelah terjatuh, selepas Mishra dari India

SIAP SEDIA: Anggota JPAM ketika memulakan operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Sungai Igan semalam.

SIBU: Seorang lagi kru kapal dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Igan, di sini malam kelmarin.

Kali ini membabitkan seorang lelaki warganegara Indonesia dikenali Sopandi berusia 24 tahun.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan melepak bersama rakan-rakannya di bahagian belakang sebuah kapal yang sedang berlabuh.

Semasa dalam perjalanan balik ke kapal tempat dia bertugas, mangsa dikatakan terjatuh.

Rakan mangsa terkejut dengan kejadian itu cuba membantu dengan terjun ke dalam sungai.

Namun usahanya tidak membuahkan hasil.

Mereka kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis untuk mendapatkan bantuan.

Kelmarin, seorang lelaki warganegara India turut dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Igan. Mangsa dikenali Mishra Ashok Kumar.

Sehingga berita ini ditulis, gerakan mencari dan menyelamat kedua-dua mangsa melibatkan polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) giat dilakukan.

Advertisement