Anda di sini

Nam lakar kejayaan berganda

Advertisement

Oleh Mahathir Haroun //

Menjuarai gelaran beregu, perseorangan lelaki Kejohanan Tenis Junior Piala Ketua Menteri

KUCHING: Selepas memenangi gelaran beregu lelaki pada Sabtu lalu, pemain Vietnam, Nam Hoang Ly melakarkan kejayaan berganda pada Kejohanan Tenis Junior (Gred 1) Piala Ketua Menteri Sarawak Ke-25 (I) apabila menjuarai perseorangan lelaki.

Beraksi di Pusat Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA), pemain berusia 18 tahun dan pilihan keempat itu mengalahkan pemain pilihan kedua, Oh Chan- Yeong dari Korea Selatan dengan 6-3,6-0 dalam masa sejam.

Nam berkata, merangkul kejuaraan berganda di Kuching merupakan sesuatu yang menakjubkan baginya untuk melakar lebih banyak kejayaan tahun ini.

“Tahun ini adalah terakhir untuk s aya beraksi pada pertandingan junior dan saya amat gembira kerana berjaya merangkul kejuaraan.

“Ya… saya gembira dengan permainan hari ini (semalam) dan yakin mengalahkan lawan yang juga bermain dengan baik. Mungkin dia (Oh) sedikit gementar sehingga melakukan beberapa kesilapan,” katanya.

Sementara itu, pemain Australia Olivia Tjandramulia pula gagal merangkul kejuaraan berganda apabila mengalami kecederaan menentang pemain pilihan ke- 16, Lucie Kankova (Republik Czech) pada perlawanan akhir.

Lucie memang set pertama dengan 6-2, tetapi Olivia memenangi set kedua dengan 7-6 (5) untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Olivia terpaksa menarik diri selepas kedudukan terikat 2-2 selepas mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan.

Ini merupakan kemenangan pertama Lucie yang berusia 18 tahun di Malaysia.

Advertisement