Anda di sini

Masyarakat luar bandar perlu bijak rebut peluang

Advertisement

Oleh Kepu Sidi//

 

MANFAATKAN: Teng (enam kanan) bersama dengan jawatakuasa penganjur program yang lain menyerahkan alat pemadam api kepada wakil penduduk yang terlibat dalam Kempen Membara Malaysia.

SARIKEI: Masyarakat luar bandar harus bangkit dan merebut segala bentuk peluangyang ada jika ingin membina masa depan lebih cerah, kata Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sarikei, Teng Ung Woo.

Jelasnya, usaha itu boleh direalisasi jika masyarakat mendekatkan diri dengan mana-mana agensi bagi membolehkan mereka menerima apa sahaja bantuan disalur kerajaan sehingga peringkat akar umbi dengan segera.

“Masyarakat harus sedar bahawa agensi dan jabatan kerajaan merupakan ejen utama menggerak pembangunan dan kemajuan masyarakat khususnya di peringkat luar bandar,” katanya pada Kempen Membara Malaysia yang dianjur di Rumah Anthony, Bayong semalam.

Jelasnya, masyarakat tidak harus takut berhubung dengan mana-mana jabatan kerajaan kerana agensi ini pada dasarnya menjadi nadi penghubung utama kerajaan dengan semua lapisan masyarakat.

“Melalui agensi ini, masyarakat mendapat segala input terbaik daripada kerajaan. Kita juga mahu masyarakat menjadikan agensi kerajaan sebagai sumber utama mendapat maklumat agar mereka tidak mudah dipengaruhi pihak tidak bertanggungjawab,” kata Teng.

Program itu merupakan anjuran Pemuda SUPP Sarikei dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masyarakat (JASA) bahagian Sarikei, Jabatan Penerangan Malaysia Sarikei, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarikei.

Aktiviti ini turut melibatkan penyertaan penduduk dari enam buah rumah panjang di sekitar kawasan terbabit.

Dalam amanatnya juga, Teng turut menggesa masyarakat supaya mengintai peluang dengan menceburi bidang keusahawanan.

“Bidang keusahawaan pada masa kini jika diceburi bersungguh-sungguh dan dilaksanakan dengan fokus, ia mampu membawa peluang sangat cerah untuk meningkatk sosioekonomi diri serta keluarga,” katanya.

Teng menjelaskan, banyak golongan sasar mempunyai bakat dan kebolehan dalam bidang berkenaan namun masih kurang fahaman untuk menperkembang bakat sedia ada.

Pada masa sama, katanya, program seperti ini mampu mendekatkan agensi kerajaan kepada rakyat.

“Daripada penganjuran program seumpama ini, maklumat kepimpinan kerajaan akan sampai terus kepada masyarakat. Peluang ini juga membolehkan masyarakat menyampai segala bentuk pertanyaan dan kemusykilan, khususnya berkaitan dengan setiap agensi terlibat,” katanya.

Jelasnya, perkhidmatan secara terus akan mempermudah segala bentuk urusan masyarakat dan ia wajar dimanfaat sebaiknya oleh masyarakat.

Pelbagai aktiviti telah diadakan pada program ini seperti ceramah kebombaan, ceramah mengenai agensi jabatan JASA serta beberapa aktiviti sampingan yang lain.

Pada majlis yang sama juga, turut diadakan upacara penyerahan alat pemadam api kepada wakil-wakil rumah panjang yang turut sama dalam menjayakan program ini.

 

 

Advertisement