Anda di sini

ITF Piala KM: Cabaran pemain negara berakhir

Advertisement

KUCHING: Kempen negara dalam kejohanan tenis Piala Ketua Menteri Sarawak ke-25 (I) Sirkit Remaja ITF (Gred 1) berakhir selepas Koay Hao Sheng tewas dalam acara perseorangan lelaki semalam.

Pemain kebangsaan itu disingkirkan wakil dari Vietnam yang juga pilihan keempat, Ly Nam Hoang dengan 6-1, 6-1.

Kemenangan itu memastikan Ly melangkah ke suku akhir hari ini dan akan menentang Wu Yibing dari China.

Sementara itu, pemain pilihan terus mendominasi pusingan ketiga kejohanan untuk mara ke peringkat suku akhir.

Pilihan pertama dari Jepun, Yamasaki Jumpei tidak berdepan masalah menyingkirkan pemain Afrika Selatan, Brandon Laubser dengan 6-0, 6-2.

Beliau akan menentang Kwon Soon Woo dari Korea Selatan dalam aksi suku akhir selepas pilihan keenam itu menewaskan Nolan Daniel dari Australia dengan 6-3, 6-3.

Pilihan kedua, Oh Chan- Yeong dari Korea Selatan terpaksa mengerah keringkat dalam permainan tiga set sebelum layak ke pusingan seterusnya.

Beliau menundukkan Chukang Wang dari China dengan 6-7(1), 6-1, 6-0 untuk berdepan Wu Tung Lin dari Taiwan.

Wu sebelumnya berjaya mengatasi pemain Republik Chech, Rikl Patrik 6-4, 6-4.

Turut mara Isa Mammetgulyyev (Turkmenistan) yang akan menentang Lim Alberto (Filipina).

Dalam saingan perseorangan wanita, pilihan pertama Bains Naikhta terus mara selepas menundukkan pemain Republik Chech, Kankova Lucie 6-4, 6-3.

Pemain pilihan kedua dari China, Zheng Wushuang juga tidak berdepan masalah untuk ke suku akhir selepas membenam Naklo Thasaporn dari Thailand (6-0, 6-1).

Menyertai mereka, pilihan ketiga Yadlapalli Pranjala dari India selepas mengecewakan Arakawa Natsuho dari Jepun dengan 7-5, 6-4.

Manakala wakil Thailand Thamchaiwat Bunyawi mengejutkan Liu Yanni dari China dengan 6-4, 6-4.

Advertisement