Anda di sini

Skuad Belia tewas tipis kepada Perak

Advertisement

KUCHING: Skuad Piala Belia Sarawak tewas tipis 1-0 kepada Perak pada perlawanan di Stadium Ipoh, Perak petang kelmarin.

Mohd Amirul muncul wira Perak apabila berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan itu.

Ketua jurulatih Skuad Piala Belia Sarawak, Fuad Grbesic berkata Sarawak sepatutnya mampu meraih kemenangan atau setidak-tidaknya mencuri satu mata pada perlawanan itu.

“Namun, kesilapan mudah penjaga gol menyebabkan Perak berjaya menjaringkan gol kemenangan.

“Selepas jaringan itu, kita lebih banyak menyerang dan barisan penyerang gagal menyempurnakan peluang dengan baik,” katanya.

Lebih menyedihkan beberapa keputusan pengadil agak berat sebelah.

Beberapa keputusan pengadil amat menyedihkan.

Pemain-pemain kita berada dalam situasi ‘oneby- one’ dengan penjaga gol dikatakan ‘ofsaid’.

Advertisement