Anda di sini

Liga Petronas 2015: Project Park SDP lakar kemenangan bergaya

Advertisement

BINTULU: Project Park SDP melakar kemenangan bergaya apabila menewaskan ABFSB dengan 4-0 pada perlawanan pusingan ketiga di Stadium Mini Bintulu petang kelmarin sekali gus mengutip tiga mata berharga, kini enam mata melonjakkannya ke kedudukan teratas Liga Petronas 2015.

Satu gol pada babak pertama dan tiga gol babak kedua masing- masing menerusi Mohd Syamsulharis Hamdani minit ke-40, diikuti dua gol jaringan Samsu Alam Abdul Samad minit ke-62 dan 65 serta gol keempat minit ke-71 menerusi Mohd Faysal Sanu.

Jurulatih Project Park SDP, Sahran Abdul Samad berkata dalam tempoh 90 minit perlawanan skuad bimbingannya terus fokus dan semua pemain saling bekerjasama.

“Kami mencipta banyak peluang dan tidak mensia-siakan peluang yang ada. Kami bermain secara berpasukan dengan keutamaan mesti menang “Kini tumpuan kami menghadapi perlawanan seterusnya dengan memantapkan stamina para pemain memandangkan pasukan-pasukan dalam liga ini mempunyai kualiti tersendiri,” katanya ditemui selepas tamat perlawanan.

Manakala ABFSB agak kecewa berikutan tewas dalam perlawanan itu melihat beberapa kelemahan harus diperbaiki namun tetap bersemangat dan yakin mencipta kemenangan pada perlawanan akan datang.

Pengurus ABFSB, Patrick Hitler berkata kepincangan skuadnya memang jelas dalam perlawanan ini dengan banyak ruang yang sepatutnya mampu ditutup.

“Ada empat pemain utama kami tidak dapat bermain (kelmarin) disebabkan tugas dan hal-hal keluarga. Mereka merupakan pemain utama di bahagian serangan, tengah dan pertahanan,” jelasnya.

Begitupun, untuk persediaan perlawanan akan datang mereka cuba memulih semula dan mengkaji mengenai kelemahan- kelemahan yang ada serta melakukan apa yang patut menanganinya.

Selain itu, perlawanan Liga Bintulu di Padang A Dewan Suarah menyaksikan Kebabin FC mengatasi MMEA SC dengan 2-0.

Saingan kini semakin rancak untuk pasukan-pasukan dalam dua liga itu mengutip mata berharga bagi melonjakkan kedudukan pasukan masingmasing dalam carta liga.

Advertisement