Anda di sini

Tabika KEMAS Kampung Serikin mula beroperasi

Advertisement

KUCHING: Sebuah tabika telah dibina sebagai pusat menimba ilmu bagi memanfaat ilmu pendidikan awal kepada kanak-kanak di Kampung Serikin baru-baru ini.

Ia merupakan hasil sumbangan kerajaan negeri melalui wakilnya, Ahli Parlimen Mas Gading Anthony Nogeh Gumbek yang menyumbang sebanyak RM30,000 setakat ini.

Ketua Kampung Serikin Mecky Mosed menjelaskan, bangunan tabika itu masih memerlukan penambahan peruntukan tetapi ia sudah mula beroperasi.

“Kanak-kanak kampung sudah boleh belajar dengan selesa. Sebelum ini, mereka menggunakan balai raya kampung. Diharap tabika ini membantu mereka menjadi insan pelapis kepada kepimpinan masa depan,” katanya pada perasmian Tabika KEMAS Kampung Serikin, semalam.

Anthony berkata, beliau percaya bahawa kanak-kanak seawal dua tahun hari ini sangat bijak berbanding kanak-kanak dahulu.

Ujarnya, bagaimanapun kanak-kanak ini memerlukan pembelajaran mapan daripada KEMAS.

Beliau sendiri semalam mengumumkan peruntukan MRP tambahan sebanyak RM10,000 kepada JKKK kampung dan RM5,000 kepada pihak PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Serikin.

 

Advertisement