Anda di sini

Warga Kuching diseru sokong kempen derma darah hari ini, esok

Advertisement

KUCHING: Orang awam yang prihatin disaran untuk menyokong tiga kempen derma darah yang berlangsung pada hari ini (7 Mac) dan esok (8 Mac).

Ia bertujuan memastikan bekalan darah di Hospital Umum Sarawak (HUS) sentiasa mencukupi bagi pesakit yang memerlukan.

Kaunter Bergerak Tabung Darah HUS akan berada di EG Mall di Jalan Wan Alwi dari jam 10 pagi hingga 3 petang dan di Pasar Raya Emart Matang juga dari jam 10 pagi hingga 3 petang pada hari ini.

Manakala, pada esok pula, kaunter bergerak itu akan berada di Galeri Gereja St Joseph dari jam 8.30 pagi hingga 1 petang.

“Tabung Darah HUS menyeru kepada orang awam agar dapat menderma darah untuk bekalan dan keperluan pesakit yang amat memerlukan bantuan anda,” kata kenyataan akhbar, semalam.

 

Advertisement