Anda di sini

24 pasukan berentap pada Kejohanan Bola Baling Terbuka

Advertisement

KUCHING: Sejumlah 24 pasukan termasuk dari Sabah dan Semenanjung Malaysia bakal berentap bagi merebut kejuaraan Kejohanan Bola Baling Terbuka pada 16 hingga 18 Mac di gelanggang futsal Sports Planet, Jalan Demak di sini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Baling Sarawak (SAHA), Dr Abang Ismail Abang Julhi berkata daripada jumlah itu 16 pasukan bersaing kategori lelaki bagi merebut piala pusingan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg edisi ke-10.

Pasukan-pasukan mengesahkan penyertaan termasuk juara bertahan tahun lalu Legend Melaka, Matang Galaxy, IPGKBL, UiTM, Politeknik, J-Mysh, Taho, Vaie, X-Team, Sabah, UPSI Perak, SEGI College, Highian, Frenz, X-Star dan FAM Union.

Manakala lapan lagi pasukan berentap dalam kategori wanita bagi merebut piala pusingan Dr Abdul Rahman Junaidi edisi kelima. Pasukan-pasukan terbabit IPGKBL, UiTM, Politeknik, G-Mysh, Taho, UPSI Perak, TMHC dan SEGI College.

“Saingan dijangka sengit kerana semua pasukan bakal membariskan pemain-pemain berpengalaman bagi memburu kejuaraan,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, edisi kali menawarkan hadiah lumayan juara bagi kedua-dua kategori bakal membawa pulang RM1,000, piala pusingan, iringan, sijil dan pingat.

Tempat kedua dan ketiga menerima RM700 dan RM500 termasuk piala, pingat dan sijil manakala tempat keempat meraih RM300.

 

 

Advertisement