Anda di sini

Pengayuh basikal nyaris maut, dipercayai mangsa langgar lari

Advertisement

PARAH: Mangsa semasa tiba di HUS untuk mendapatkan rawatan semalam.

KUCHING: Seorang pengayuh basikal nyaris maut selepas dipercayai menjadi mangsa langgar lari di Jalan Matang, di sini awal pagi semalam.

Mangsa yang belum diketahui identitinya itu dikatakan ditemui tidak sedarkan diri di tepi jalan raya oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut sekitar jam 7.30 pagi.

Difahamkan, mangsa yang berlumuran darah itu kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa masih tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di HUS.

Advertisement