Anda di sini

Prestasi sukan renang semakin meningkat

Advertisement

KUCHING: Catatan 13 rekod perseorangan Kejohanan Renang Peringkat Umur Kuching ke-27 berakhir minggu lalu menunjukkan sukan itu kian meningkat di sini.

Presiden Persatuan Renang Ama tur Sa r awa k (ASAS), Datuk Wee Hong Seng percaya pencapaian itu memberi petanda baik kepada Kuching dan Sarawak.

Lebih-lebih lagi ASAS diberi tanggungjawab kerajaan negeri menganjurkan acara itu pada SUKMA XIX 2016 nanti.

“Pertandingan di peringkat akar umbi menjadi asas kepada pembangunan sukan renang Sarawak.

Ini sejajar dengan misi ASAS menjadikan Sarawak kuasa sukan renang di Malaysia,” katanya semasa merasmikan majlis penangguhan kejohanan itu.

Wee berkata, Sarawak sentiasa melahirkan ramai perenang berbakat untuk negara setiap tahun.

“Ketika ini, seramai lima perenang kita iaitu Daniel Bego, Vernon Lee, Welson Sim, Erika Kong dan Angela Chieng telah menyertai skuad negara.

“Deng an meng anjur pertandingan tahunan ini dengan usia peserta masih muda seawal enam tahun akan memastikan sukan renang kita berada pada landasan tepat.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada KASA 2010, Majlis Sukan Neger i Sarawak (MSNS) dan penaja memastikan kejohanan itu dianjurkan dengan jayanya kali ini,” katanya.

 

Advertisement