Anda di sini

SMK Santubong ‘raja’ petanque

Advertisement

BERSAMA JUARA: Dr Abdul Rahman bersama juara kategori lelaki dan wanita Kejohanan Petanque BAKSRI Politeknik Siri 2 di Santubong semalam.

Menjuarai kategori lelaki dan wanita Kejohanan Petanque BAKSRI Politeknik Siri 2 2015

Oleh Mahathir Haroun //

KUCHING: Penguasaan SMK Santubong dalam sukan petanque memang sudah dijangka apabila menjuarai kategori lelaki dan wanita Kejohanan Petanque BAKSRI Politeknik Siri 2 di Gelanggang Petanque Kampung Santubong semalam.

Kemenangan itu menyaksikan SMK Santubong A selaku juara kategori lelaki membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200, piala pusingan, pingat dan hamper.

Tempat kedua disandang Semapa B (Samarahan) diikuti SMK Santubong G di tempat kedua.

Kedua-dua pasukan masing- masing membawa hadiah wang tunai RM800, piala iringan, pingat dan hamper serta RM500, pingat dan hamper.

SMK Santubong F yang menjuarai kategori wanita memenangi hadiah wang tunai RM600, piala pusingan, pingat dan hamper.

Hadiah wang tunai RM350, piala iringan, pingat dan hamper menjadi milik Aridozikatoka selaku pemenang tempat kedua.

SMK Santubong B yang berada di tempat ketiga memenangi hadiah wang tunai RM200 dan pingat.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

Ketua Biro Sukan dan Rekreasi Politeknik Kuching, Raby Mohd berkata pertandingan tersebut disertai 42 pasukan lelaki dan 19 pasukan wanita yang bertarung dalam acara beregu.

“Kita menerima penyertaan seluruh Sarawak.  Kali ini peserta dari Saratok, Sri Aman, Samarahan, Bintulu dan Kuching turut terlibat,” katanya.

Lebih menarik, atlet Sukan Malaysia (SUKMA) turut menyertai pertandingan kali ini.

“Banyak penyertaan yang kita terima daripada atlet SUKMA negeri,” katanya.

 

 

Advertisement