Anda di sini

Siva dilantik penaung baharu Persatuan Kabaddi Sarawak

Advertisement

KUCHING: Persatuan Kabaddi Sarawak (SKA) melantik Siva Kumar G sebagai penaung baharu badan itu.

Majlis rasmi pelantikan diadakan di Penview Inn pada Selasa lepas.

Siva yang merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia PR berkata beliau telah merancang untuk mengembangkan sukan dengan membawa beberapa penaja.

Beliau juga berjanji akan memastikan segala perancangan itu dimulakan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, pengasas dan bekas presiden SKA, Jacob Sebastian berkata beliau percaya Siva mampu membawa perubahan kepada persatuan itu.

“Kita mempunyai jawatankuasa yang sentiasa bekerja keras untuk memeastikan sukan ini terus berkembang.

“Selain itu, persatuan juga mengharapkan sokongan untuk membawa jurulatih asing untuk memantapkan lagi latihan atlet,” katanya.

Tambahnya, SKA juga bercadang untuk memperkenalkan sukan itu di peringkat sekolah rendah.

Presiden SKA, Ramachandran Ramasamy pula berkata persatuan telah menghantar peserta untuk bertanding dalam SUKMA dan beberapa pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa meskipun sukan itu tidak berapa popular di Sarawak.

“Kita mempunyai empat atlet yang dipilih untuk mewakili negara pada Sukan Asia.

SKA juga sedang dalam persiapan rapi untuk menghadapi SUKMA 2015 di Kuala Lumpur,” menurut Ramachandran.

 

 

Advertisement