Anda di sini

Sertai Kejohanan Futsal Starsport Terbuka Sibu 2015 pada 7-8 Februari

Advertisement

SIBU: Kejohanan Futsal Starsport Terbuka Sibu 2015 dijadual berlangsung pada 7 dan 8 Februari ini di Dewan Serbaguna KPSU, Jalan Bukit Lima.

Kejohanan dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu (SFA) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), KPSU Sibu dan LEA Sports Centre (LCS) Sibu.

Setiausaha SFA Abdul Hajis Abdullah berkata, kejohanan dibahagikan kepada kategori lelaki dan wanita dengan had penyertaan adalah sebanyak 32 pasukan.

“Borang penyertaan boleh diperolehi di LSC Wisma Sanyan dengan tarikh tutup pada 5 Februari, jam 4 petang,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Kejohanan futsal ini yang sepatutnya berlangsung akhir tahun lepas, ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan serta kekangan masa.

Menurut Abdul Hajis, yuran penyertaan bagi pasukan lelaki ialah RM200 dan RM150 bagi wanita.

“Setiap pasukan akan diberikan lapan helai jersi untuk kegunaan sepanjang kejohanan,” jelasnya sambil menambah taklimat dan cabutan undi akan diadakan di bilik mesyuarat Sibu Recreation Club, Jalan Perpaduan pada jam 5 petang, 5 Februari.

Johan bagi kategori lelaki dan wanita akan menerima wang tunai RM500, piala dan pingat sementara naib johan menerima wang tunai RM300, piala dan pingat.

Wang tunai RM100, piala dan pingat pula masingmasing menanti pemenang tempat ketiga dan keempat kejohanan.

Juara kategori lelaki juga akan menerima baucar bernilai RM1,500, kedua RM1,000, ketiga dan keempat (RM500).

Selain itu, pemain terbaik perlawanan akhir dan penjaring terbanyak masingmasing akan menerima piala dan hamper.

Advertisement