Anda di sini

Badminton: Pasangan kembar Sarawak ceriakan penyokong tuan rumah

Advertisement

KUCHING: Pasangan kembar dari Sarawak, Adam Lau dan Alfred Lau menceriakan penyokong tuan rumah apabila berjaya melangkah ke pusingan kedua pada hari pertama Kejohanan Badminton Yonex Sunrise Malaysia Masters 2015 di Stadium Perpaduan, Petra Jaya semalam.

Adam menewaskan pemain Indonesia, Andrew Susanto dengan 21-13, 18-21, 21-19 manakala abangnya, Alfred menundukkan rakan sepasukan, Kuan Beng Hong dengan 21-23, 21-14, 11-2 (berhenti).

Ini merupakan kali pertama dua beradik berusia 20 tahun itu menyertai kejohanan anjuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan melangkah ke pusingan kedua pada kejohanan menawarkan hadiah berjumlah US$120,000.

Menurut Adam, keduaduanya begitu teruja apabila mendapat pengesahan mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan pada kejohanan bertaraf dunia ini.

“Kami hanya dimaklumkan mengenai perkara ini semalam (kelmarin) namun berita itu cukup menggembirakan kami,” katanya mengenai kejohanan yang berjaya menarik penyertaan sebanyak 15 negara termasuk Malaysia.

Kedua-dua beradik itu merupakan pelajar SK St Joseph dan pernah menyertai Liga Badminton Eropah pada tahun lalu di Republik Czech.

Mereka juga bercadang untuk bertanding pada Terbuka KL sebelum kembali ke Eropah.

“Saya yakin dapat beraksi dengan lebih baik pada pusingan seterusnya dan berharap terus mara dengan lebih jauh pada kejohanan ini,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Sarawak (SBA) Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir mengesahkan pilihan pertama, Srikanth Kimbandi dari India menarik diri pada saat-saat akhir.

Selain itu, pemain perseorangan wanita utama Indonesia, Adriani Firdasari dan pasangannya, Simon Santoso juga menarik diri.

“Kita tidak tahu punca penarikan pemain-pemain tersebut namun percaya mereka mempunyai sebab munasabah kerana ramai pemain terbaik dunia dijangka menyertai Terbuka India pada bulan depan,” kata Hadi mengulas perkara itu.

M eskipun penarikan diri tiga pemain itu, ramai pemain terbaik seluruh dunia berada dalam senarai ‘waiting list’ dan mereka juga berhasrat memperolehi pendedahan dengan menyertai kejohanan ini.

“Kejohanan ini masih menarik dan mencabar kerana ramai pemain muda semakin meningkat naik dari seluruh dunia mengambil bahagian, sebahagian mereka merupakan bakal juara dunia,” katanya.

 

Advertisement