Anda di sini

Kerjasama kerajaan pusat, Kelantan perlu ‘dihadam’ dengan ikhlas

Advertisement

TANAH MERAH: Kerja-sama kerajaan persekutuan dan kerajaan Kelantan pimpinan PAS dalam menangani bukan sahaja bencana banjir, malah melibatkan pelbagai perkara lain pada masa hadapan perlu ‘dihadam’ atau diterima dalam bentuk keikhlasan, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ideologi politik kepartian perlu dike-tepikan bagi meneruskan sebarang bentuk kerjasama kerajaan pusat dan negeri walaupun Kelantan bukan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Kita perlu ketepikan batas pegangan dan ideologi politik masing-masing (dan) jika ia dapat diteruskan dalam aspek lain, ia boleh menyumbang  keberhasilan yang lain pula,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada anggota polis yang terjejas banjir di jajahan ini dan menyertai gotong-royong di Perumahan Polis Taman Kiara di sini semalam.

Hadir sama Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Selasa lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muh-yiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan Kelantan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir bagi memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini.

Jawatankuasa itu dipen-gerusikan bersama oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas (pusat) Bencana Banjir Negeri Kelantan.

Ahmad Zahid turut menyeru pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir supaya ‘menyembunyikan’ identiti mereka agar tidak dilihat bersifat ‘pilih bulu’.

“Saya harap pihak lain tak naikkan bendera dan memperlihatkan identiti kumpulan tertentu. Ia (bantuan) harus melata dan diharap dapat merungkai batas persempadanan siasah,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata 46 laporan polis telah dibuat oleh pemilik pasar raya dan kedai runcit berhubung kecurian yang berlaku sepanjang banjir melanda negeri ini.

“Ia melibatkan kerugian RM1.9 juta dan 110 tangkapan telah dibuat bermula 17 Dis lepas sehingga hari ini (semalam). Saya faham ada mangsa yang terdesak tapi jangan ambil kesempatan dalam kesempitan.

“Serahkan (proses penyaluran bantuan) kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan kerajaan yang terlibat kerana ada batas per-undangan yang perlu dipatuhi,” katanya. — Bernama

Advertisement